""

Ijazah Pengurusan Perniagaan (Kepujian)

(Usahasama Unitar)

PENGENALAN

Program ini mendedahkan pelajar kepada gabungan kursus kuantitatif dan kualitatif yang merangkumi pelbagai pengetahuan terapan dan teknikal dalam bidang pentadbiran perniagaan. Ia juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor di kalangan pelajar. Program ini juga menawarkan peluang kepada mereka yang ingin menjadi pakar dalam bidang berkaitan perniagaan seperti Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa, selain menyediakan pelajar untuk persekitaran perniagaan yang sebenar melalui program latihan dengan rakan strategik yang terkenal. Graduan adalah pekerja dan pengurus pengetahuan yang berwibawa dan profesional, yang mahir dalam analisis dan penyelidikan perniagaan, dengan integriti tinggi dan personaliti yang seimbang, secara tidak langsung menyumbang kepada mempercepat pertumbuhan dalam ekonomi negara yang membawa kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus STPM dengan Gred C minimum {NGMP 2.00) dalam dua (2) subjek. dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM atau bersamaan; ATAU
  • Lulus STAM dengan Gred Jayyid minimum. dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM atau bersamaan; ATAU
  • Sebarang kelayakan lain yang setara dengan Diploma dan Advance Diploma {Tahap 4 & 5, MQF); ATAU
  • Lulus Matrikulasi / Foundation CGPA minimum 2.00; ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ATAU
  • Lulus BTEC Tahap 4 & 5 dan lulus SPM atau setara, dengan sekurang-kurangnya tiga {3} kredit dalam mana-mana subjek; DAN
  • Bagi pelajar antarabangsa, adalah wajib untuk mendapatkan skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara.
  • TESTIMONI

    Kelas 2015

    Diploma Teknologi Maklumat

    “Proses pembelajaran saya di Kolej Cosmopoint telah benar-benar membantu dalam kerja saya sekarang. Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah membantu saya sehingga mencapai tahap ini.”

    TESTIMONI
    Sharifah Noor Ajeerah Bt Osman
    2165
  • TESTIMONI

    Kelas 2014

    Diploma Teknologi Maklumat

    “Belajar di Kolej Cosmopoint adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bahagian terbaik kolej ini adalah pensyarahnya dan saya amat bersyukur dapat bertemu dengan mereka. Setiap seorang dari mereka amat berdedikasi dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan. (Didedikasikan kepada Cik Haizie)”

    TESTIMONI
    Priya Arumugam
    2165
×