- Warganegara Malaysia
- Berumur 45 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan;
- Ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Program dijalankan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Pelajar IPTS yang mengikuti program perlu mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi daripada MQA yang masih sah pada tarikh permohonan;
- Pelajar yang memiliki kelayakan yang tidak dinyatakan, perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan atau Agensi seperti di atas;
- Baki pengajian mestilah tidak kurang daripada satu (1) tahun pada tarikh permohonan;
- Tidak mempunyai penaja atau pembiayaan lain; dan
- Mempunyai akaun SSPN.