""

KUANTAN

Gambaran Keseluruhan Kolej

Kolej Cosmopoint Kuantan telah ditubuhkan pada permulaan tahun milenium 2000, menduduki 2 blok bangunan di Jalan Teluk Sisek, dan berada di tengah-tengah bandar Kuantan. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke ibu negeri Pahang yang sibuk ini. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.

Blok-blok pejabat 3 tingkat ini boleh memuatkan lebih daripada 400 pelajar dan dilengkapi dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia. Dengan perpustakaan yang lengkap, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif.  Lokasinya dalam kawasan komersial juga membenarkan akses mudah kepada pengangkutan awam, makanan dan lain-lain keperluan harian.

Program Yang Ditawarkan

Diploma In E-Perniagaan (R2/340/4/0456)(12/24)(A5356)

Diploma E-Kesetiausahaan (R2/346/4/0035)(12/26)(A5357)

Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0248)(12/22)(A8324)

Diploma Pengurusan Pelancongan (N/812/4/0146)(10/21)(MQA/FA8132)

Diploma Aplikasi Multimedia (R2/213/4/0096)(12/22)(A8325)

Diploma Senireka Grafik Berkomputer (R2/213/4/0097)(12/22)(A8326)

Mohd Hafiz Sukor

Centre Manager

Haszila Binti Mezalan

Head of Academic

Zurina Zuldin

Head of Operation

Hubungi Kami

Cosmopoint College Kuantan (DK253-05-C) 74/4 GF – 2nd Floor, Jalan Teluk Sisek, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia
09 - 516 2857/59/72
09 – 514 4873