JOHOR BAHRU
Gambaran Keseluruhan Kolej
Cosmopoint Johor Bahru telah ditubuhkan dalam bulan November 1999, bertempat di tingkat atas Wisma Hock Ying, Jalan Wong Ah Fook. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke ibu negeri Johor yang sibuk ini. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.
Dalam bulan April 2014, Cosmopoint Johor Bahru telah berpindah ke premis baru, dan menduduki keseluruhan tingkat 29, Menara Pejabat City Square – juga di Jalan Wong Ah Fook. Ia dihubungkan terus kepada pusat membeli-belah Johor Bahru City Square yang popular. Ini bermakna, kampus ia menawarkan cabang perhubungan yang baik dan memberi kemudahan kepada pelajar. Premis baru ini boleh memuatkan lebih daripada 500 pelajar dan dilengkapi dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia. Dengan infrastruktur yang hebat, perpustakaan yang selesa, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif.
Diploma Pengurusan Perniagaan (R2/345/4/00446(04/24)(A10036)
Diploma E-Perniagaan (R2/340/4/0352)(08/24)(A10783)
Diploma E-Kesetiausahaan (R2/346/4/0023)(12/24)(A10782)
Diploma Perakaunan (R2/344/4/0258)(04/24)(A9919)
Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0614)(03/25)(A5705)
Diploma Pengurusan Pelancongan (N/812/4/0134)(12/20)(MQA/FA8134)
Diploma Aplikasi Multimedia (R2/213/4/0228)(03/25)(A5706)
Diploma Senireka Grafik Berkomputer (R/213/4/0229)(10/20)(A6635)
Sijil Pengurusan Perniagaan (N/345/3/1080)(0325)(MQA/PA12974)
ADAM HARITZ KOAY ABDULLAH
Centre Manager
JULIYANA AYOB
Head of Academic
Head of Operation