KES POSITIF COVID-19 DI KAMPUS PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Dukacita dimaklumkan bahawa pada 18 Mac 2021, salah seorang pelajar semester pertama diploma Kolej Cosmopoint Pulau Pinang telah disahkan positif Covid-19 dan keputusan ujian kedua diterima pada 20 Mac 2021 mengesahkan status positif pelajar tersebut. Pelajar tersebut merupakan sebahagian daripada pelajar semester pertama yang terpilih untuk menyertai fasa pembelajaran secara bersemuka dan telah menghadiri kelas pada 15 & 16 Mac 2021. Beliau telah melalui S.O.P yang ditetapkan dan melepasi ujian suhu pada kedua-dua hari kehadiran. Pelajar tersebut kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan berada dalam keadaan yang baik.
Pihak Kolej telah mengenal-pasti 14 kontak rapat yang terdiri daripada 10 pelajar dan 4 kakitangan pensyarah. Kesemua 14 individu ini tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi telah diminta untuk mengasingkan diri secara kendiri selama 10 hari dari 19 Mac. Pihak Kolej telah menjalankan ujian RTK untuk keempat kakitangan terlibat dan sukacita dimaklumkan keputusan untuk semua adalah negatif Covid-19. Pihak Kolej juga menawarkan subsidi ujian RTK untuk 10 lagi pelajar kontak rapat dan keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat. Kampus Pulau Pinang juga ditutup sejak 19 Mac 2021 selama 10 hari dan proses pembersihan telah dijalankan.
Pihak Kolej ingin mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan, pelajar-pelajar dan ahli keluarga yang bertindak mengikut S.O.P yang telah ditetapkan. Insiden ini merupakan peringatan bahawa walaupun kita mula kembali kepada kehidupan biasa, norma baharu yang peka dengan risiko Covid-19 harus terus diamalkan.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Puan Suzana di talian 012-4997679 atau email kepada suzana.subahan@cosmopoint.com.my .
Sekian, terima kasih.
Najmie Noordin
CEO Cosmopoint Sdn Bhd