""
Program Tunggu UPU
Belajar Secara PERCUMA sementara menunggu keputusan UPU.

Program Tunggu UPU dirangka khusus bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dan mengisi masa lapang sementara menanti keputusan UPU. Pelajar berpeluang untuk menyertai mana-mana Program Asasi atau Diploma sehingga keputusan permohonan UPU diumumkan.

Pelajar boleh mendaftar di Cosmopoint College dengan yuran pendaftaran hanya RM 100 dan mengikuti kelas-kelas secara PERCUMA sehingga keputusan UPU pusingan pertama (5-10 Mei 2020) diumumkan.

Sekiranya pelajar berjaya mendapat penempatan ke mana-mana IPTA sahaja (20 institusi yang disenaraikan KPM, tidak termasuk politeknik, kolej vokasional dll), mereka boleh menamatkan pengajian di Cosmopoint College tanpa dikenakan caj.

Kepada yang berminat, sila daftar dengan mengisi borang permohonan di bawah.

Daftar sekarang sementara masih ada kekosongan. Semoga berjaya!

*Tertakluk Terma dan Syarat