Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Untuk siapakah Program ini?

Program ini direka untuk mereka yang berminat untuk menjadi ahli penjagaan kesihatan profesional atau sebagai teknologis makmal perubatan yang membantu dalam diagnosis, penyelidikan dan pencegahan penyakit.

Huraian Program

Diploma Teknologi Makmal Perubatan direka khas untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori yang ekstensif dan kemahiran praktikal yang relevan dalam menjalankan tugasan di makmal klinikal seperti analisa biokimia darah dan cecair badan, pengesanan penyakit darah, menjalankan ujian transfusi darah, pengesanan dan diagnosis  penyakit berjangkit, penyediaan slaid mikroskop untuk histopatologi dan cytologi dan juga melakukan ujian diagnostik molekular seperti reaksi rantaian polymerase (PCR).

Matlamat Program

Untuk menyediakan pendidikan yang relevan, berkualiti dan berpatutan dalam sains makmal perubatan. Ia adalah satu program berdasarkan kompetensi yang direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran secara teori, praktikal dan klinikal. Ia juga menyiap dan melatih pelajar untuk menjadi seorang profesional makmal perubatan yang bertanggungjawab, beretika dan prihatin.

Prospek Kerjaya

Prospek Karier termasuk teknologis makmal perubatan di makmal patologi kerajaan atau hospital swasta atau makmal klinikal swasta. Graduan juga boleh menjadi penolong penyelidik di universiti dan institusi penyelidikan, juruteknik makmal atau penolong makmal di kolej atau university, wakil jualan dalam syarikat yang menjual peralatan perubatan dan makmal, bekalan makmal dan sebagainya.

Syarat Kemasukan

(Program ini hanya ditawarkan di CC-KK Wisma Times)

Syarat kemasukan minimum:

Pelajar Aliran Sains:

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan Lulus dalam sebarang dua subjek sains (Biologi/ Fizik/ Kimia/ Sains/ Sains Gunaan/ Sains Kesihatan).
  • Pelajar Bukan Aliran Sains:
  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 2 subjek dan satu kredit dalam subjek sains.

Tempoh Semester

8 semester

Subjek-subjek Utama

  • Bahasa Kebangsaan A**
  • Basic Academic Reading & Writing
  • Biochemistry
  • Clinical Chemistry
  • Clinical Immunology
  • Clinical Microbiology
  • Clinical Parasitology
  • Critical & Creative Thinking
  • Cytology
  • Drama and Role-plays in English
  • Family Institution / The Precepts of Islam / Creative & Problem Solving
  • General Anatomy & Physiology
  • General Biology
  • General Chemistry
  • Hematology
  • Histotechnology
  • Industrial Training
  • Introduction to Medical Laboratory Science
  • Medical Laboratory Calculations
  • Molecular Diagnostics
  • PC Competency
  • Pengajian Malaysia 2 (For Malaysian) / Bahasa Melayu Komunikasi 2 (For
  • International)
  • Reading, Vocabulary & Grammar II
  • Social & Human Skills Project
  • Transfusion Science
  • Urine & Body Fluid Analysis