Diploma Senireka Grafik Berkomputer

Untuk siapakah Program ini?

Program ini adalah untuk pelajar yang inginkan peluang untuk membangunkan kemahiran & pengetahuan mengenai keberkesanan penggunaan warna, elemen-elemen dominan dalam lukisan dan rekaan, typografi, kemahiran produksi dan rekabentuk susun atur yang berkesan.

Huraian Program

Diploma Senireka Grafik Berkomputer memfokuskan terhadap prinsip asas, konsep dan teras yang diperlukan untuk menangani cabaran senireka grafik. Pelajar akan meningkatkan kebolehan untuk menentukan rekabentuk yang sesuai dan memaparkan keberkesanan penggunaan warna, elemen-elemen dominan, typografi dan kemahiran produksi dalam membuat rekabentuk susun atur yang berkesan. Pelajar dikehendaki menyediakan portfolio mereka untuk pembentangan profesional menjelang penghujung program ini.

Matlamat Program

Program ini mensasarkan untuk mengajar pelajar mengaplikasikan kreativiti mereka menggunakan peralatan dan teknik grafik. Ia juga menyiapkan pelajar dengan pengetahuan asas dalam komunikasi grafik dan visual untuk persekitaran media yang sebenar.

 

Prospek Kerjaya

Setelah menamatkan program ini, graduan boleh bekerja sebagai pereka grafik, pereka pengarahan, pereka pembungkusan dan pengarah seni.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan minimum:

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan lulus dalam subjek Seni/Lukisan Kejuruteraan*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek**; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

 

* Pelajar yang tidak mengambil /gagal dalam subjek Seni/Lukisan Kejuruteraan dikehendaki untuk mengambil ujian portfolio yang dijalankan oleh Kolej Cosmopoint.

** hanya digunapakai di CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru dan CC-Kota Bahru: Lulus dalam STPM dengan minimum Gred C dalam Matematik atau kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau setarafnya.

Tempoh Semester

9 semester

Subjek-subjek Utama

  • 2D Animation
  • 3D Animation
  • Advertising Design
  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic Academic Reading and Writing
  • Business Mathematics
  • Color Theory
  • Computer Applications in Art and Design
  • Contemporary Business
  • Corporate Identity Design
  • Creative Web Design
  • Critical and Creative Thinking
  • Digital Photography
  • Drama and Role Play in English
  • Drawing Studies
  • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics
  • Electronic Publication Design
  • Element of Design
  • Essentials of Business Communication Skills
  • Family Institution/The precepts of Islam/Creative Problem Solving
  • Foundation in Digital Media
  • Graphic Illustration
  • History of Graphic Design
  • Introduction to Graphic Design
  • Malaysian Studies
  • Packaging Design
  • PC Competency
  • Principle of Advertising
  • Project Reading, Vocabulary & Grammar
  • Typography
  • Visual Communication
  • TESTIMONI

    Kelas 2012

    Diploma Senireka Grafik Berkomputer

    “Di sini saya belajar memperbaiki diri saya untuk menjadi orang yang lebih baik”

    TESTIMONI
    Mohd Afendi Md Nazili
  • TESTIMONI

    Kelas 2010

    Diploma Senireka Grafik Berkomputer

    “Kolej Cosmopoint telah memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan. Pensyarahnya telah mengajar saya tentang perkara yang saya tidak tahu sebelum ini dan ianya boleh diaplikasikan di dalam kerjaya saya.”

    TESTIMONI
    Nabila Daud
related programs

Diploma ni Computer Graphic Design

Diploma in Multimedia Application