Diploma Seni Pastri

Untuk siapakah Program ini?

Program ini adalah untuk mereka yang berminat dalam latihan teori bagi semua bidang pengeluaran makanan meliputi pastri, bakeri, pembuatan coklat dan juga memenuhi serta menguruskan permintaan pelanggan.

Huraian Program

Diploma Seni Pastri memfokuskan ke atas prinsip operasi bakeri dan pastri. Latihan praktikal dan latihan teori dalam semua bidang pengeluaran bakeri dan pastry turut diterapkan di sepanjang tempoh pengajian. Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut, kek, tart, pai, roti beraneka, coklat dan kuih-muih.

Matlamat Program

Program ini mensasarkan untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman dalam asas bakeri, operasi pastri, pengendalian makanan dan operasi dapur. Pelajar juga dilatih untuk menjadi pengendali makanan profesional terutamanya di dalam bidang bakeri dan pastri.

Prospek Kerjaya

Setelah menamatkan program ini, graduan boleh bekerja di hotel, restoran, perkhidmatan katering, peruncitan, industri makanan dan keusahawanan sebagai seorang baker/tukang masak atau commis pastri, pembuat roti beraneka, baker atau pemilik kafe, katerer atau perancang kafe, chef pastri coklat atau pengurus bakeri.

Syarat Kemasukan

(Program ini hanya ada di CC-KK Wisma Times)

Syarat kemasukan minimum:

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

 

Tempoh Semester

8 semester

Subjek-subjek Utama

  • Bahasa Kebangsaan
  • Artisan Bread Baking
  • Bakery & Fermentation Products
  • Bakery & Pastry Operation
  • Basic Academic Reading & Writing
  • Chocolate & Confectionary Making
  • Classical Pastry & Desserts
  • Confectionery Arts & Special Occasion Cakes
  • Drama & Role-play in English
  • Effective Communication Skills / Principles of Moral & Ethics /
  • Essential Business Communication Skills
  • Family Institution / The Precepts of Islam / Creative & Problem Solving
  • Financial Accounting
  • Food & Beverage Management
  • Food Sanitation
  • Hospitality Cost Control
  • Human Resource Management
  • Industrial Training
  • Introduction to Bakery & Pastry Skills
  • Introduction to Entrepreneurship
  • Kitchen Organisation
  • Nutrition
  • PC Competency
  • Pengajian Malaysia 2 (For Malaysian) / Bahasa Melayu Komunikasi 2 (For International)
  • Principle of Marketing
  • Principles of Management
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • Restaurant & Production Desserts
  • Social & Human Skills Project
  • Theory of Baking & Pastry Goods
  • Traditional Malaysian Kueh & Desserts

 

  • TESTIMONI

    Kelas 2010

    Diploma Aplikasi Multimedia

    “Program di Kolej Cosmopoint telah membuatkan saya lebih bersedia untuk jawatan saya sekarang. Hanya satu sahaja perkara yang mengejutkan saya, iaitu betapa cepatnya saya mendapat pekerjaan.”

    TESTIMONI
    Ahmad Syahmi Nordin
  • TESTIMONI

    Kelas 2010

    Diploma Aplikasi Multimedia

    “Secara jujurnya, saya amat pemalu dan kurang bersosial, tetapi syukur kepada Allah, dengan menghadiri kelas di Kolej Cosmopoint, saya telah mendapat kawan baru dan membina pengalaman baru dengan berkongsi idea-idea.”

    TESTIMONI
    Mohd Hazizi bin Abdullah
Related Programmes

diploma in tourism management

diploma in hotel management

diploma in culinary arts

diploma in pastry arts