Diploma Pengurusan Perniagaan

Untuk siapakah Program ini?

Program ini menyediakan pengetahuan asas yang menyeluruh dalam isu-isu berkaitan pengurusan. Program in direka untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan perniagaan dengan penekanan khas terhadap beberapa aspek untuk menjalankan sesuatu perniagaan, tugas-tugas seorang pengurus dan aspek keusahawanan.  Ia juga memberi peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan pasca-siswazah.

Huraian Program

Diploma Pengurusan Perniagaan menyiapkan pelajar untuk jawatan pengurusan peringkat permulaan dalam organisasi perniagaan. Ia menerapkan kemahiran dan pengetahuan dalam teori dan amalan pengurusan yang perlu untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang berjaya dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Program ini menyediakan pendidikan dalam bidang perniagaan terutamanya fungsi pengurusan dan juga aspek-aspek ekonomi, kewangan, perundangan dan aspek pemasaran dalam perusahaan perniagaan yang moden. Perniagaan di dalam dunia sebenar dan aplikasi pengurusan menekankan aspek realistik dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Amat penting bagi seseorang itu menjadi seorang pengurus yang berjaya atau seorang usahawan beraspirasi.

Matlamat Program

Matlamatnya adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran asas dalam menjalankan sesuatu perniagaan dan meningkatkan kecekapan praktikal dalam persekitaran profesional. Di samping itu juga, program ini mendedahkan pelajar kepada aplikasi dunia perniagaan yang sebenar dan pengurusan efektif melalui subjek-subjek yang diajar. Justeru itu, pelajar dapat menajamkan kemahiran dalam bidang perniagaan dan memulakan perniagaan baru dengan jayanya.

Prospek Kerjaya

Graduan boleh mendapat pekerjaan sebagai eksekutif peringkat permulaan dan pengurus dalam perusahaan kecil, perusahaan sederhana tempatan dan perusahaan tempatan dan multinasional bersaiz besar. Graduan juga boleh mendapat pekerjaan dalam organisasi tidak berasaskan keuntungan dan sektor awam.

Syarat Kemasukan

(Program ini tidak ditawarkan di CC-Pulau Pinang, CC-Melaka dan CC-Kuantan)

Syarat kemasukan minimum:

Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek*; atau

Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek; atau

Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau

Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau

Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

 

*Kecuali untuk:

CC-Ipoh: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek termasuk Matematik

CC-Johor Bahru: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan Lulus dalam Bahasa Melayu.

Tempoh Semester

8 semester

Subjek-subjek Utama

  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic Academic Reading and Writing
  • Business Law
  • Business Mathematics
  • Business Negotiations
  • Business Statistics
  • Computers in Business
  • Consumer Behavior
  • Contemporary Business
  • Critical and Creative Thinking
  • Customer Relationship Management
  • Drama and Role Play in English
  • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics
  • E-Marketing
  • English for Specific Purposes
  • Essentials of Business Communication Skills
  • Event Management and Planning
  • Family Institution/The precepts of Islam/Creative Problem Solving
  • Financial Accounting
  • Human Resource Management
  • Integrated Marketing Communications
  • Introduction to Database SQL
  • Malaysian Studies
  • Operation Management
  • Organisational Behaviour
  • PC Competency
  • Principles of Economics
  • Principles of Finance
  • Principles of Management
  • Principles of Marketing
  • Project
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • Sales Management
  • TESTIMONI

    Kelas 2012

    Diploma Pengurusan Perniagaan

    “Saya berada di Kolej ini lebih kurang 3 tahun dan saya telah mempelajari begitu banyak perkara dan mendapat banyak pengalaman. Selain itu, pensyarahnya begitu baik hati dan sporting kerana apabila pelajar menghadapi sebarang masalah, mereka akan membantu kami walaupun mereka amat sibuk. Proses pembelajaran amat sistematik dan kebanyakan pelajar yang menamatkan pengajian telah mendapat pekerjaan dengan mudah.”

    TESTIMONI
    Juliawani Mat Jusoh
Related Programmes

diploma in information technology

diploma in e-business

diploma in e-secretaryship

diploma in business management

diploma in accounting