Diploma Pengurusan Hotel

Untuk siapakah Program ini?

Program ini direka untuk pelajar yang ingin meluaskan pilihan kerjaya mereka. Ia adalah persediaan awal untuk melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Hotel & Konvensyen atau Pengurusan Hotel & Restoran di samping bertindak sebagai satu jambatan penghubung kepada suasana pekerjaan dengan menggunakan set kemahiran yang mereka perolehi di dalam program ini.

Huraian Program

Di Cosmopoint, kami menyediakan pelajar sepenuhnya dengan menerapkan ’Aplikasi Dunia Nyata’. Oleh yang demikian, Diploma Pengurusan Hotel direka khas untuk pelajar yang ingin bekerja dalam industri dan membangunkan peranan penyeliaan dalam diri seseorang pelajar untuk industri hospitaliti. Semua pengetahuan dan kemahiran yang perlu akan diterapkan sepanjang program ini dan pelajar boleh menajamkan kemahiran mereka menggunakan kemudahan canggih seperti makmal kaunter penyambut tetamu, suite penginapan untuk pembelajaran, makmal latihan hospitaliti dan makmal komputer.

Matlamat Program

Program ini mensasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan hotel dan juga pengetahuan khas dalam bidang perniagaan hotel serta menjawat jawatan pengurusan dalam industri ini. Demi melayakkan diri untuk peranan pengurusan, pelajar diberi latihan yang berkesan untuk pengurusan peringkat pertengahan dalam semua bidang dan pastinya memanfaatkan bakal majikan mereka.

Prospek Kerjaya

Dengan membangunkan kemahiran boleh pindah untuk jawatan peringkat permulaan dan kemajuan karier seterusnya, graduan boleh bermula sebagai eksekutif dan terus memajukan diri untuk menjadi pengurus atau pengarah dalam berbagai bidang seperti perhubungan awam, pemasaran & jualan, restoran, perhubungan tetamu, acara korporat, MICE, penyambut tetamu dan pembangunan perniagaan, serta banyak lagi.

Syarat Kemasukan

(Program ini hanya ditawarkan di CC-KK Wisma Times)

Syarat kemasukan minimum:

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan juga LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Tempoh Semester

8 semester

Subjek-subjek Utama

  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic Academic Reading & Writing
  • Beverage Operation
  • Customer Service in Hospitality
  • Effective Communication Skills / Principles of Moral & Ethics /
  • Essential Business Communication Skills
  • Event Management
  • Family Institution / The Precepts of Islam / Creative & Problem Solving
  • Financial Accounting
  • Food & Beverage Management
  • Food Sanitation
  • Foreign Language- Mandarin 1
  • Front Office Operation
  • Hospitality & Tourism Marketing
  • Hospitality Cost Control
  • Hotel Lodging Management
  • Housekeeping Operation
  • Industrial Training
  • Introduction to Bakery & Pastry Skills
  • Introduction to Culinary Skills
  • Introduction to Hospitality & Tourism
  • “Meeting, Incentive, Conventions & Exhibitions”
  • PC Competency
  • Pengajian Malaysia 2 (For Malaysian) / Bahasa Melayu Komunikasi 2 (For International)
  • Principles of Management
  • Principles of Marketing
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • Safety & Security in Hospitality Industry
  • Social & Human Skills Project
  • Theory of Food
  • TESTIMONI

    Kelas 2010

    Diploma Aplikasi Multimedia

    “Program di Kolej Cosmopoint telah membuatkan saya lebih bersedia untuk jawatan saya sekarang. Hanya satu sahaja perkara yang mengejutkan saya, iaitu betapa cepatnya saya mendapat pekerjaan.”

    TESTIMONI
    Ahmad Syahmi Nordin
  • TESTIMONI

    Kelas 2010

    Diploma Aplikasi Multimedia

    “Secara jujurnya, saya amat pemalu dan kurang bersosial, tetapi syukur kepada Allah, dengan menghadiri kelas di Kolej Cosmopoint, saya telah mendapat kawan baru dan membina pengalaman baru dengan berkongsi idea-idea.”

    TESTIMONI
    Mohd Hazizi bin Abdullah
Related Programmes

diploma in tourism management

diploma in hotel management

diploma in culinary arts

diploma in pastry arts