Diploma Teknologi Maklumat

Untuk siapakah Program ini?

Program ini adalah untuk membangunkan pemahaman seseorang individu tentang bagaimana untuk menyediakan pentadbiran dan sokongan berterusan dalam infrastruktur teknologi maklumat di pelbagai organisasi. Ia merangkumi kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan sebagai ahli kumpulan dengan komunikasi jelas tentang keupayaan, tanggungjawab, kepelbagaian dan kerja berpasukan. Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran profesional dalam bidang teknologi maklumat bagi menyiapkan mereka untuk menghadapi alam pekerjaan serta menyambung pengajian di dalam beberapa bidang yang diminati berkaitan dengan IT.

Huraian Program

Diploma Teknologi Maklumat disasarkan untuk menghasilkan profesional ICT yang mampu menghasilkan inovasi teknologi baru. Pelajar mempelajari kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan perisian demi untuk memenuhi keperluan industri ICT yang semakin meningkat. Program ini menerapkan aspek penting dalam pengaturcaraan sistem, antaramuka pengguna grafik, pengaturcaraan berorientasikan objek, rekabentuk pangkalan data dan pengurusan, serta analisa sistem. Pelajar akan mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik pembangunan perisian, pembangunan aplikasi web dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML.

Matlamat Program

Program ini direka untuk menghasilkan graduan yang memiliki pemahaman yang komprehensif mengenai kemahiran, prinsip dan teknik berkaitan dengan Kejuruteraan Perisian sementara membolehkan mereka memilih amalan aplikasi yang paling bersesuaian dalam rekabentuk, pembangunan atau pengurusan perisian berdasarkan situasi tertentu. Ia juga akan membentuk profesional IT yang cerdik, rajin dan kompeten serta mampu untuk memberikan sumbangan yang signifikan terhadap sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Malaysia.

Prospek Kerjaya

Pelajar akan berpeluang untuk bekerja dalam syarikat ICT dan syarikat aplikasi mudah alih sebagai pakar perisian komputer, penyokong pengguna akhir, pengaturcara perisian, pereka perisian, pembangun perisian, pembangun aplikasi web, penganalisa sokongan dan pembangun pangkalan data.

Syarat Kemasukan

(Program ini tidak ditawarkan di CC-Cosmopoint Sg Petani)

Syarat kemasukan minimum:

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan LULUS dalam Matematik*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam Matematik atau kredit dalam Matematik dalam SPM; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik; atau
  • Sijil dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

*Kecuali untuk CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru, CC-Kuala Terengganu dan CC-Kota Bharu: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek termasuk Matematik.

Tempoh Semester

9 semester

Subjek-subjek Utama

  • Advanced PC Competency
  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic Academic Reading and Writing
  • Computing Mathematics
  • Contemporary Business
  • Creative Web Design
  • Critical and Creative Thinking
  • Data Communication and Networking
  • Database Concepts
  • Database Fundamentals
  • Database Management System
  • Drama and Role Play in English
  • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics/Bahasa Kebangsaan A**
  • Elementary Analysis
  • Essentials of Business Communication Skills
  • Family Institution / The Precepts of Islam / Creative & Problem Solving
  • Fundamentals of Programming
  • Fundamentals of Networking
  • Industrial Training
  • Interface Design
  • Introduction to E-Business
  • Introduction to Information Technology
  • Islamic Studies/Moral Studies
  • Java Programming
  • Malaysian Studies
  • PC Competency
  • Principles of Software Engineering
  • Project
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • System Analysis and Design
  • Visual Programming
  • Web Application Development Using .NET
  • Web Application Development Using Java
  • Web Application Programming
  • Web Essentials
  • TESTIMONI

    Kelas 2015

    Diploma Teknologi Maklumat

    “Proses pembelajaran saya di Kolej Cosmopoint telah benar-benar membantu dalam kerja saya sekarang. Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah membantu saya sehingga mencapai tahap ini.”

    TESTIMONI
    Sharifah Noor Ajeerah Bt Osman
    2165
  • TESTIMONIALS

    Kelas 2014

    Diploma Teknologi Maklumat

    “Belajar di Kolej Cosmopoint adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bahagian terbaik kolej ini adalah pensyarahnya dan saya amat bersyukur dapat bertemu dengan mereka. Setiap seorang dari mereka amat berdedikasi dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan. (Didedikasikan kepada Cik Haizie)”

    TESTIMONIALS
    Priya Arumugam
    2165
Related Programmes

diploma in information technology

diploma in e-business

diploma in e-secretaryship

diploma in business management

diploma in accounting