SEREMBAN
PENGENALAN
Kolej Cosmopoint Seremban telah ditubuhkan dalam bulan Januari 2003, terletak di Jalan Tuanku Hassan, di tengah-tengah bandar Seremban, yang juga dikenali sebagai Jalan Perbankan. Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke dalam ibu negeri Negeri Sembilan yang sibuk ini. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.
Kolej Cosmopoint Seremban mempunyai satu populasi yang pelbagai – dengan campuran yang baik dari semua komuniti. Kerancakan dan keterbukaan ini merupakan nilai teras yang ditawarkan oleh Kampus ini. Kampus ini juga mempunyai kerjasama erat dengan rakan kongsi tempatan termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Di-Raja Malaysia dan banyak lagi.
Kampus ini boleh memuatkan lebih daripada 400 pelajar dan dilengkapi dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia. Dengan perpustakaan yang lengkap, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif. Lokasinya dalam satu kawasan komersial juga membenarkan akses mudah kepada pengangkutan awam, makanan dan lain-lain keperluan harian.
SENARAI PROGRAM
Diploma Pengurusan Perniagaan (R2/340/4/0397)(05/24)(A10039)
diploma e-Perniagaan (R2/345/4/0415)(10/24)(A10951)
Diploma E-Kesetiausahaan (R2/346/4/0021)(10/24)(A10952)
Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0258)(09/23)(A9226)
Diploma Aplikasi Multimedia (R2/213/4/0102)(09/23)(A9227)
Diploma Senireka Grafik Berkomputer (R2/213/4/0101)(09/23)(A9228)
Diploma Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (N/862/4/0064)(01/25)(MQA/PA10851)
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (N/345/4/1168)(11/27)(MQA/PA13882)
Sijil Pengurusan Perniagaan (N/345/3/1074)(03/25)(MQA/PA12967)
Sijil Pengurusan Haji dan Umrah (N/345/3/1087)(11/25)(MQA/PA13943)
GOVERNANCE
Noorashani Nashikin
Centre Manager
Jothi a/p Rasamaningam
Head of Operation
HUBUNGI KAMI