KUANTAN
Gambaran Keseluruhan Kolej
Kolej Cosmopoint Kuantan telah ditubuhkan pada permulaan tahun milenium 2000, menduduki 2 blok bangunan di Jalan Teluk Sisek, dan berada di tengah-tengah bandar Kuantan. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke ibu negeri Pahang yang sibuk ini. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.
Blok-blok pejabat 3 tingkat ini boleh memuatkan lebih daripada 400 pelajar dan dilengkapi dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia. Dengan perpustakaan yang lengkap, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif. Lokasinya dalam kawasan komersial juga membenarkan akses mudah kepada pengangkutan awam, makanan dan lain-lain keperluan harian.
Diploma In E-Perniagaan (R2/340/4/0456)(12/24)(A5356)
Diploma E-Kesetiausahaan (R2/346/4/0035)(12/26)(A5357)
Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0248)(12/22)(A8324)
Diploma Pengurusan Pelancongan (N/812/4/0146)(10/21)(MQA/FA8132)
Diploma Aplikasi Multimedia (R2/213/4/0096)(12/22)(A8325)
Diploma Senireka Grafik Berkomputer (R2/213/4/0097)(12/22)(A8326)
Sijil Pengurusan Perniagaan (N/345/3/1078)(0325)(MQA/PA12977)
Mohd Hafiz Sukor
Centre Manager
Haszila Binti Mezalan
Head of Academic
Zurina Zuldin
Head of Operation
Hubungi Kami