KUALA TERENGGANU

Gambaran Keseluruhan Kolej

Kolej Cosmopoint Kuala Terengganu telah ditubuhkan dalam bulan April 2005, bertempat di di sebuah bangunan yang terletak Jalan Sultan Ismail. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke ibu negeri Terengganu yang sibuk ini. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.

Dalam bulan Oktober 2015, Kolej Cosmopoint Kuala Terengganu telah berpindah ke premis baru, menduduki keseluruhan tingkat seluas 22,000 kaki persegi di Kompleks MAKSAK, Jalan Cerung Lanjut, Kuala Terengganu. Menawarkan sokongan kemudahan dan cabang perhubungan yang baik kepada pelajar kerana lokasinya terletak di dalam kawasan komersial. Premis baru ini boleh memuatkan lebih daripada 500 pelajar dan dilengkapi dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia. Dengan infrastruktur yang hebat, perpustakaan yang selesa, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif. Kolej Cosmopoint Kuala Terengganu juga merupakan salah satu daripada kolej-kolej Cosmopoint yang pertama menawarkan Rumah Ngaji – sebuah bilik yang didedikasikan untuk mempelajari Al-Quran.

Programmes offered

diploma in information technology R/481/4/0534 (A6231) 06/20

diploma multimedia application R/213/4/0199 (A6232) 09/20

diploma in computer graphic design R/213/4/0200 (A6233) 06/20

diploma in e-business R/340/4/0446 (A6234) 06/20

diploma in e-secretaryship R/346/4/0447 (A6235) 06/20

diploma in business management R/345/4/0570 (A10041) 04/19

Governance

Rohana Mamat @ Yusoff

Centre Manager

Haizie Suhaiza binti Haksah @ Abdul Ghani

Head of Academic

Othman bin A Wahab

Head of Operation

Hubungi Kami

Cosmopoint College Kuala Terengganu (DK253-11-T) Kompleks MAKSAK, Jalan Cerung Lanjut 20300 Kuala Terengganu Malaysia
09 – 631 2223 / 4
09 – 631 2225