KOTA KINABALU
PENGENALAN
Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada tahun 2001, menduduki keseluruhan paras 4 Menara MAA, Kota Kinabalu. Ia telah ditubuhkan dengan matlamat untuk mengembangkan jenama Cosmopoint, Pembelajaran Dunia Nyata ke Sabah. Antara program-program Diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi, dengan penekanan untuk menghasilkan graduan yang mampu bekerja (dan bekerja dengan baik) dalam dunia sebenar.
Dalam tahun 2010, Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu telah berkembang dengan pembukaan kampus Wisma Times, sebuah bangunan sendiri yang terletak di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu. Kampus baru ini memfokuskan terhadap kursus-kursus hospitaliti – khususnya dalam seni kulinari dan program-program berkait pelancongan. Kampus Kota Kinabalu boleh memuatkan seramai 1500 orang pelajar.
Kampus ini dilengkapkan dengan studio-studio grafik, fotografi dan multimedia serta dilengkapi dengan kemudahan dapur yang canggih, dewan makan simulasi, dan sebuah bilik hotel simulasi. Dengan perpustakaan, ruang pelajar dan akses Internet 24-jam, Kolej Cosmopoint mensasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dalam satu persekitaran yang kondusif.
Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu mempunyai kerjasama dengan berbagai pemimpin industri tempatan terutama dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan. Justeru itu, ia menawarkan prospek pekerjaan yang besar kepada pelajar. Berbagai aktiviti dijalankan setiap semester untuk mengukuhkan lagi reputasi Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu sebagai Kolej Hospitaliti dan Pelancongan yang terkemuka di Kota Kinabalu.
SENARAI PROGRAM
Diploma Pengurusan Perniagaan (R2/345/4/0691)(05/24)(A10044)
Diploma E-Kesetiausahaan (R2/346/4/0034)(01/24)(A11102)
Diploma Perakaunan (R2/344/4/0197)(04/24)(A9976)
Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0241)(05/23)(A8791)
Diploma Pengurusan Pelancongan (R2/812/4/0140)(07/25)(A11467)
Diploma Pengurusan Hotel (R2/811/4/0312)(07/25)(A11468)
Diploma Seni Kulinari (R2/811/4/0314)(07/25)(A11469)
Diploma Seni Pastri (R2/811/4/0313)(08/25)(A11392)
Diploma Aplikasi Multimedia (R2/213/4/0338)(05/23)(A8792)
Diploma Senireka Grafik Berkomputer (R2/213/4/0092)(05/23)(A8793)
Sijil Pengurusan Perniagaan (N/345/3/1084)(04/25)(MQA/PA12964)
GOVERNANCE
Vanessa Faye George
Centre Manager
Joshua Peter
Head of Operation
HUBUNGI KAMI