COSMOPOINT KINI

“Pendidikan 5-Bintang Untuk Semua”

Kumpulan Kolej Cosmopoint (Kolej Cosmopoint) ditubuhkan pada 1992 dan merangkumi 11 Kolej yang terletak di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2012, Kolej Cosmopoint menjadi entiti berkaitan kerajaan dengan pengambilalihan hak milik oleh Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS),
sebuah rma pelaburan milik Kerajaan Malaysia.
Kolej Cosmopoint terus menaiktaraf fasiliti, pengalaman pelajar dan penyampaian akademik. Usaha-usaha ini membuahkan hasil apabila 8
dari 11 Kolej Cosmopoint diiktiraf kolej 5-Bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Malaysia Quality Evaluation System (MyQuest)
pada tahun 2017. Secara keseluruhan, Kolej Cosmopoint kini dalam kelompok 30% tertinggi di antara semua kolej swasta di Malaysia.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, lebih 50,000 graduan, dan pengiktirafan 5-Bintang dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kolej Cosmopoint
kini ingin menjemput anda menyertai kami dalam fasa transformasi seterusnya. Kolej Cosmopoint, menyediakan Pendidikan 5-bintang
untuk semua.

Student
CEO

KATA ALUAN CEO

Di Kolej Cosmopoint, kami menyediakan peluang pendidikan tinggi yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa setiap
individu mempunyai potensi untuk cemerlang dan berjaya di masa hadapan. Kolej Cosmopoint akan sentiasa berpegang dengan prinsip untuk membantu
dalam mengubah kehidupan individu untuk menuju kearah yang lebih baik.
Kolej Cosmopoint kaya dengan sejarah dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Kami telah beroperasi selama lebih 25 tahun pengalaman dalam industri pendidikan
tinggi dan lebih dari 50,000 graduan yang telah kami hasilkan. Dari penubuhannya semenjak tahun 1991, Kolej Cosmopoint sentiasa berpegang untuk menjadi
pendidikan yang mampu dimiliki dan kolej kejiranan pilihan melalui 11 kampus kami di seluruh Malaysia
Kini, kami telah memulakan fasa pembangunan Kolej Cosmopoint iaitu dengan mengembangkan program yang kami tawarkan, meningkatkan kecemerlangan
akademik, memperluaskan pengalaman pelajar dan sentiasa berusaha supaya program-program kami boleh diakses oleh semua masyarakat. Kami akan terus
menyediakan dan mengembangkan hasrat untuk mengubah kehidupan dan keperibadian pelajar kami kearah yang lebih baik. Kami berharap agar anda juga
akan menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi yang indah ini.

Najmie Noordin
Ketua Eksekutif Kumpulan Kolej Cosmopoint

PROGRAM UNITAR

Melalui kerjasama bersama UNITAR, Cosmopoint College menawarkan program Asasi & Ijazah UNITAR di Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan
Melaka bagi pelajar lepasan SPM, STPM & Diploma. Prgram yang ditawarkan ialah:
Program Asasi
– Asasi dalam Pengurusan
Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Pengurusan (HONS)
– Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Diploma
– Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PROGRAM UNITAR CEREMONY
7-17-2018 3-57-55 PM

VISI

Memastikan kejayaan pelajar melalui:
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggalakkan pemahaman secara
mendalam mengenai subjek dan dihubungkan bersama keperluan industri dengan kesan
positif terhadap masyarakat;

2. Penghasilan program berinovatif serta berkualiti tinggi yang merangkumi:

  • kurikulum bersesuaian dengan aspek teori dan praktikal yang seimbang;
  • unsur perniagaan, keusahawanan dan elemen teknologi;
  • dan aktiviti yang mempertingkatkan daya kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan kepimpinan serta meningkatkan kreativiti dan semangat berpasukan.

3. Inisiatif dan persekitaran yang menyokong kecemerlangan pendidikan, profesionalisme,
kesihatan dan kesejahteraan serta pembelajaran sepanjang hayat.

MISI

Menjadi institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dengan penekanan amalan dunia sebenar bagi menghasilkan graduan yang bersedia untuk pasaran

adult-biology-chemical-356040