""

Diploma

Teknologi Maklumat

(Diploma in Information Technology)

Diploma

9 Semester

Sungai Petani, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu

PTPTN Disediakan

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan LULUS dalam Matematik*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam Matematik atau kredit dalam Matematik dalam SPM; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik; atau
  • Sijil dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

* Kecuali untuk CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru, CC-Kuala Terengganu dan CC-Kota Bharu: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek termasuk Matematik.

MAKLUMAT LANJUT

Lengkapkan borang di bawah. Kaunselor pendidikan kami yang sedia membantu anda!

MAKLUMAT PROGRAM

  • Diploma Teknologi Maklumat disasarkan untuk menghasilkan profesional ICT yang mampu menghasilkan inovasi teknologi baru. Pelajar mempelajari kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan perisian demi untuk memenuhi keperluan industri ICT yang semakin meningkat. Program ini menerapkan aspek penting dalam pengaturcaraan sistem, antaramuka pengguna grafik, pengaturcaraan berorientasikan objek, rekabentuk pangkalan data dan pengurusan, serta analisa sistem. Pelajar akan mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik pembangunan perisian, pembangunan aplikasi web dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML.

    Program ini direka untuk menghasilkan graduan yang memiliki pemahaman yang komprehensif mengenai kemahiran, prinsip dan teknik berkaitan dengan Kejuruteraan Perisian sementara membolehkan mereka memilih amalan aplikasi yang paling bersesuaian dalam rekabentuk, pembangunan atau pengurusan perisian berdasarkan situasi tertentu. Ia juga akan membentuk profesional IT yang cerdik, rajin dan kompeten serta mampu untuk memberikan sumbangan yang signifikan terhadap sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Malaysia.

    • Advanced PC Competency
    • Bahasa Kebangsaan
    • Basic Academic Reading and Writing
    • Computing Mathematics
    • Contemporary Business
    • Creative Web Design
    • Critical and Creative Thinking
    • Data Communication and Networking
    • Database Concepts
    • Database Fundamentals
    • Database Management System
    • Drama and Role Play in English
    • Effective Communication Skills/Principles of Moral &
      Ethics/Bahasa Kebangsaan A**
    • Elementary Analysis
    • Essentials of Business Communication Skills
    • Family Institution / The Precepts of Islam /
      Creative & Problem Solving
    • Fundamentals of Programming
    • Fundamentals of Networking
    • Industrial Training
    • Interface Design
    • Introduction to E-Business
    • Introduction to Information Technology
    • Islamic Studies/Moral Studies
    • Java Programming
    • Malaysian Studies
    • PC Competency
    • Principles of Software Engineering
    • Project
    • Reading, Vocabulary & Grammar
    • System Analysis and Design
    • Visual Programming
    • Web Application Development Using .NET
    • Web Application Development Using Java
    • Web Application Programming
    • Web Essentials
  • Pelajar akan berpeluang untuk bekerja dalam syarikat ICT dan syarikat aplikasi mudah alih sebagai pakar perisian komputer, penyokong pengguna akhir, pengaturcara perisian, pereka perisian, pembangun perisian, pembangun aplikasi web, penganalisa sokongan dan pembangun pangkalan data.

×