""

Diploma

Pengurusan Perniagaan

(Diploma in Business Management)

Diploma

8 Semester

Sungai Petani, Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu

PTPTN Disediakan

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

*Kecuali untuk:
CC-Ipoh: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek termasuk Matematik.
CC-Johor Bahru: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan Lulus dalam Bahasa Melayu.

MAKLUMAT LANJUT

Lengkapkan borang di bawah. Kaunselor pendidikan kami yang sedia membantu anda!

MAKLUMAT PROGRAM

  • Diploma Pengurusan Perniagaan menyiapkan pelajar untuk jawatan pengurusan peringkat permulaan dalam organisasi perniagaan. Ia menerapkan kemahiran dan pengetahuan dalam teori dan amalan pengurusan yang perlu untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang berjaya dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Program ini menyediakan pendidikan dalam bidang perniagaan terutamanya fungsi pengurusan dan juga aspek-aspek ekonomi, kewangan, perundangan dan aspek pemasaran dalam perusahaan perniagaan yang moden. Perniagaan di dalam dunia sebenar dan aplikasi pengurusan menekankan aspek realistik dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Amat penting bagi seseorang itu menjadi seorang pengurus yang berjaya atau seorang usahawan beraspirasi.

    Matlamatnya adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran asas dalam menjalankan sesuatu perniagaan dan meningkatkan kecekapan praktikal dalam persekitaran profesional. Di samping itu juga, program ini mendedahkan pelajar kepada aplikasi dunia perniagaan yang sebenar dan pengurusan efektif melalui subjek-subjek yang diajar. Justeru itu, pelajar dapat menajamkan kemahiran dalam bidang perniagaan dan memulakan perniagaan baru dengan jayanya.

    • Bahasa Kebangsaan
    • Basic Academic Reading and Writing
    • Business Law
    • Business Mathematics
    • Business Negotiations
    • Business Statistics
    • Computers in Business
    • Consumer Behavior
    • Contemporary Business
    • Critical and Creative Thinking
    • Customer Relationship Management
    • Drama and Role Play in English
    • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics
    • E-Marketing
    • English for Specific Purposes
    • Essentials of Business Communication Skills
    • Event Management and Planning
    • Family Institution/The precepts of Islam/Creative Problem Solving
    • Financial Accounting
    • Human Resource Management
    • Integrated Marketing Communications
    • Introduction to Database SQL
    • Malaysian Studies
    • Operation Management
    • Organisational Behaviour
    • PC Competency
    • Principles of Economics
    • Principles of Finance
    • Principles of Management
    • Principles of Marketing
    • Project
    • Reading, Vocabulary & Grammar
    • Sales Management
  • Graduan boleh mendapat pekerjaan sebagai eksekutif peringkat permulaan dan pengurus dalam perusahaan kecil, perusahaan sederhana tempatan dan perusahaan tempatan dan multinasional bersaiz besar. Graduan juga boleh mendapat pekerjaan dalam organisasi tidak berasaskan keuntungan dan sektor awam.

×