JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENILAI / PEGAWAI PENGESAH DALAMAN
JAWATAN
Pegawai Penilai / Pegawai Pengesah Dalaman
JENIS JAWATAN
Kontrak
GAJI
RM 1500 – RM 3000
KELAYAKAN
Memiliki Sijil Kemahiran Tahap 3 (Penyeliaan Pengurusan Pejabat) / DKM (Pengurusan Perniagaan/Pengurusan Pentadbiran)
KEPERLUAN JAWATAN
Memiliki Sijil Kursus Induksi PP/PPD/PPP
Memiliki Sijil VTO
PENERANGAN JAWATAN
Pegawai Penilai
Merangka prosedur latihan dan penilaian latihan bersama PPD;
Menjelaskan kepada calon tentang objektif, keperluan latihan dan penilaian keterampilan berdasarkan NOSS terkini;
Pengajaran dan penilaian pelatih:
1. PP dengan kelayakan SKM/DKM/DLKM boleh mengajar dan menilai pelatih untuk sebahagian atau semua CU dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih.
2. PP dengan kelayakan PC boleh mengajar dan menilai pelatih untuk CU berkaitan sahaja dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih.
Membimbing calon dalam penyediaan rekod bukti keterampilan
Memantau perkembangan prestasi dan membimbing pelatih pada setia keterampilan;
Melaksana keperluan pendaftaran dan persijilan melalui system yang ditetapkan.
Menyelia dan membimbing Tenaga Pengajar.
Pegawai Pengesah Dalaman
Mengurus, memantau dan mengawalselia pelaksanaan latihan Panduan Permohonan Personel Pusat Bertauliah,Pusat Latihan Dan Syarikat SLDN kemahiran di dalam kelompok sektor kemahirannya;
Merangka prosedur dan dokumen pelaksanaan latihan kemahiran di Pusat Bertauliah;
Mengawal dan memantau sistem jaminan mutu latihan dan penilaian dalaman mengikut kehendak NOSS terkini; dan
Memastikan penilaian dijalankan secara seragam dan sempurna mengikut kehendak NOSS dan apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.